Friday, September 27, 2013

Jemputan mendekati Islam

Bismillah...

Harini genap seminggu kawan nenek + nenek tumpang kereta kami untuk g kursus jahitan anjuran Kementrian Pembangunan Wanita untuk warga Asnaf. Bermakna tinggal seminggu shj lagi rutin 'ulang-alik' ni akan berakhir.. Memang agak letih sebab mcm patah balik..

Pagi2 : Pulai utama-Tmn U-Tmn Johor-Tmn Kemas-Uda-Tmn Kemas
Petang2 : Tmn Kemas-Uda-Tmn Johor-Tmn U-Tmn Pulai Utama..
bnyak berhenti, jem lagi n agak letih memandu dgn anak2 kadang2 menggugat kesabaran ibu..

Kawan nenek ni sangat unik.. berbangsa India.. pandangan ibu sebelum ni sangat berbeza terhadap kaum india. Walaupun kami berlainan agama, tutur kata dia bagaikan seorang yang beragama Islam.. sopan.. bila melatah atau menyatakan kegembiraan, dia akan ucap "Ya Allah.." sedangkan ramai je umat islam yg kalau melatah menyebut "oh mak kau.."




Dijadikan cerita.. kawan nenek sangat berminat dengan Agama Islam. cuma contoh dikelilingi dia tu menyebabkan dia tertangguh. Akhlak org Islam sdr yang tidak meyakinkan dia. Ada la jugak soalan2 yang ditanya yang menyebabkan kami terdiam.. cth : "kenapa orang Islam selalu melakukan perkara2 seperti bom sana sini" hoho.. kami jawab simple je.. Agama Islam tidak mengajar ummatnya untuk memusuhi sesama sendiri. Bergantung kepada keadaan bagi stiap tindakan seseorang. kita tidak boleh menilai pada satu pihak, kena tgk dari pelbagai sudut. Alhamdulillah dia fahamm :) legaa kitorg...

cara penyampaian tu mungkin berbeza jika yg tanya tu org islam sdr. mungkin ada yg x setuju dgn jawapan kami, tapi InsyaAllah, Allah lagi mengetahui.

Daripada Abd Allah bin Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi saw, lalu datang seorang pemuda dan bertanya: “Wahai Rasulallah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa.” Jawab baginda: “Tidak boleh.” Datang pula seorang tua bertanya: “Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa.” Jawab baginda: “Boleh.” Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulallah saw, “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya.”
(Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani)

Kami slalu ditanya tentang isi kandungan Al-quran itu. Apa ceritanya.. apa yang sempat ibu cerita kat dia mengenai surah An-nisaa' dan Al-Kahfi (sbb tu yang paling senangn cerita dia menarik). Bila ibu cerita, nmpak dia sangat teruja.. hihi.. mungkin sbb da selalu bercerita dengan Iqram kot..

Semalam dia tanya kena org islam benci dgn cicak? so, nmpak kat situ yang dia da tau banyak mengenai Islam.. dengan siapa dia belajar smua tu? haa.. tu ibu belum siasat lagi..

Bila terjadi situasi mcm ni.. kadang kita sbg seorang yang mengaku diri tu Islam, kita da siapkan diri kita ke untuk ke arah mengajak org lain join Islam? sedangkan pakaian kita, percakapan kita, perbuatan kita.. kadang2 langsung tidak mencerminkan diri sbg orang Islam.

Kami ni orang yang sederhana je. Kami masih belajar banyak perkara. Kami pergi kelas agama, kelas tadabbur Quran di sekolah tahfiz Ain Sham. Semua tu untuk mantapkan lagi ilmu yang ada...

“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan ia mendapat susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembiraknlah mereka.”
(riwayat Bukhari)

InsyaAllah semoga dia diberi hidayah Allah untuk memeluk agama islam dengan rela hati dan terbuka.

p/s : Anak dia 2 org berminat nak memeluk agama Islam sedab couple dengan budak melayu.  Tapi Auntie ni kata kat anak dia; "kamu jangan memeluk Islam kerana kamu cinta dia.. kamu kena masuk Islam kerana kamu cinta dengan Islam itu sdr.." dan ibu sangat2 setuju dengan kata2 dia.. :)

No comments:

Post a Comment