Friday, September 27, 2013

Iqram solat?

Bismillah..

Berbicara mengenai Solat. Alhamdulillah Iqram da mula belajar solat kat taska seawal umur 3 tahun 1 bulan. Mana ibu tau? hehe... Ibu dengar.. Iqram baca bacaan ketika sujud ms ibu tgh sujud (solat magrib). dia baca dengan kuat. Dan bila lepas solat, ibu dengar dia baca doa untuk kedua ibu bapa.. siap makna sekali.. Alhamdulillah Syukur pada-Mu Ya Allah.. (nanges..)

Sebelum ni mmg ibu pernah nmpak dia solat gaya dia sdr.. tapi tidak dengan bacaan. Gaya tu dah ada la.. kadang berebut sejadah dgn dia. kadang dia xnk sejadah lain.. nak yang kita guna.. nak share la.. so, kena bersempi2 sikit la.. hihi.. xpe.. untuk kebaikan anak ibu.. :)


Jumpa artikel ni masa surf FB mgu lepas.. MasyaAllah.. Takut sangat anak2 ibu gelap hati kalau ibu sdr x jaga solat. So, ibu ingatkan jugak pada abah, nenek, pakcik2 untuk solat.. supaya Iqram n Nina makan n minum dari tangan orang yang solat.


Ni artikel penuh yang agak terang. :

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Kita mudah nak share gosip artis di FB.. tapi sangat jarang yg share ilmu yang menyedarkan mcm ni.. Ramai yang x tau fadilat solat itu sdr. Ramai yang masih tidak solat 5 waktu.. MasyaAllah..

“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari” -Fadzilah Kamsah
source : Warkah Siber


Jemputan mendekati Islam

Bismillah...

Harini genap seminggu kawan nenek + nenek tumpang kereta kami untuk g kursus jahitan anjuran Kementrian Pembangunan Wanita untuk warga Asnaf. Bermakna tinggal seminggu shj lagi rutin 'ulang-alik' ni akan berakhir.. Memang agak letih sebab mcm patah balik..

Pagi2 : Pulai utama-Tmn U-Tmn Johor-Tmn Kemas-Uda-Tmn Kemas
Petang2 : Tmn Kemas-Uda-Tmn Johor-Tmn U-Tmn Pulai Utama..
bnyak berhenti, jem lagi n agak letih memandu dgn anak2 kadang2 menggugat kesabaran ibu..

Kawan nenek ni sangat unik.. berbangsa India.. pandangan ibu sebelum ni sangat berbeza terhadap kaum india. Walaupun kami berlainan agama, tutur kata dia bagaikan seorang yang beragama Islam.. sopan.. bila melatah atau menyatakan kegembiraan, dia akan ucap "Ya Allah.." sedangkan ramai je umat islam yg kalau melatah menyebut "oh mak kau.."




Dijadikan cerita.. kawan nenek sangat berminat dengan Agama Islam. cuma contoh dikelilingi dia tu menyebabkan dia tertangguh. Akhlak org Islam sdr yang tidak meyakinkan dia. Ada la jugak soalan2 yang ditanya yang menyebabkan kami terdiam.. cth : "kenapa orang Islam selalu melakukan perkara2 seperti bom sana sini" hoho.. kami jawab simple je.. Agama Islam tidak mengajar ummatnya untuk memusuhi sesama sendiri. Bergantung kepada keadaan bagi stiap tindakan seseorang. kita tidak boleh menilai pada satu pihak, kena tgk dari pelbagai sudut. Alhamdulillah dia fahamm :) legaa kitorg...

cara penyampaian tu mungkin berbeza jika yg tanya tu org islam sdr. mungkin ada yg x setuju dgn jawapan kami, tapi InsyaAllah, Allah lagi mengetahui.

Daripada Abd Allah bin Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi saw, lalu datang seorang pemuda dan bertanya: “Wahai Rasulallah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa.” Jawab baginda: “Tidak boleh.” Datang pula seorang tua bertanya: “Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa.” Jawab baginda: “Boleh.” Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulallah saw, “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya.”
(Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani)

Kami slalu ditanya tentang isi kandungan Al-quran itu. Apa ceritanya.. apa yang sempat ibu cerita kat dia mengenai surah An-nisaa' dan Al-Kahfi (sbb tu yang paling senangn cerita dia menarik). Bila ibu cerita, nmpak dia sangat teruja.. hihi.. mungkin sbb da selalu bercerita dengan Iqram kot..

Semalam dia tanya kena org islam benci dgn cicak? so, nmpak kat situ yang dia da tau banyak mengenai Islam.. dengan siapa dia belajar smua tu? haa.. tu ibu belum siasat lagi..

Bila terjadi situasi mcm ni.. kadang kita sbg seorang yang mengaku diri tu Islam, kita da siapkan diri kita ke untuk ke arah mengajak org lain join Islam? sedangkan pakaian kita, percakapan kita, perbuatan kita.. kadang2 langsung tidak mencerminkan diri sbg orang Islam.

Kami ni orang yang sederhana je. Kami masih belajar banyak perkara. Kami pergi kelas agama, kelas tadabbur Quran di sekolah tahfiz Ain Sham. Semua tu untuk mantapkan lagi ilmu yang ada...

“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan ia mendapat susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembiraknlah mereka.”
(riwayat Bukhari)

InsyaAllah semoga dia diberi hidayah Allah untuk memeluk agama islam dengan rela hati dan terbuka.

p/s : Anak dia 2 org berminat nak memeluk agama Islam sedab couple dengan budak melayu.  Tapi Auntie ni kata kat anak dia; "kamu jangan memeluk Islam kerana kamu cinta dia.. kamu kena masuk Islam kerana kamu cinta dengan Islam itu sdr.." dan ibu sangat2 setuju dengan kata2 dia.. :)

Thursday, September 26, 2013

Minyak naik buleh.. naik minyak boleh x?




Baru naik 20sen aritu.. ni naik lg?
adoi mak... mcm mn nk berjimat cermat nih? 
da cukup berjimat dah ni..
da lama x g shopping kt jusco.. g kedai runcit je. tu pn klau barang habis br beli..
isi minyak pn 20 hingget.. balik ruma da x klua2 lg dah..



sumber : Bernama
skali nmpak da nak naik lg? adoiii....
Adakah rezeki rakyat Malaysia x diberkati?
terlalu bnyak sangat kebocoran...

penah dengar tak kalau kita gaji 1,000, tp keja mcm org gaji 5,000
Allah akan tambah lagi 4,000 dalam bentuk lain? 
cth mcm kesihatan ke.. anak2 ke.. kejayaan ke...

mari lah kita sama2 muhasabah diri...

more at : Motivate

Jom Solat Dhuha..

ape? xreti?
meh tgk sini..


Wednesday, September 25, 2013

menyusu sambil drive?

bebual kt meja opismate, terjumpa paper ni..
(ibu jarang bc paper.. lg2 metro.. )
nk tergelak pon ada.. hahahahha.. sbb ibu pn buat.. :p

keratan akhbar metro

so what? nk marah? nak ckp bahaya? 
yes i know.. i know yg drive smbil menyusukan anak adalah sangat bahaya..
tp, xde la bahaya mcm org mabuk bawa keta kan? atau cakap kat telefon smbil drive kan? atau tertidur smbil drive kan? hehe.. saje je kaitkan menda tu.. mmg smua tu bahaya.. n sangat bahaya...

tp bak kata Genine, 'Jika anak lapar, dia perlu menyusukan'

kadang2 tu dia mcm tindakan refleks.. bby tiba2 je ada atas pangku, and tanpa sengaja kita selak baju n menyusukan bayi.. mmg tu satu tindakan refleks.. x caya g tnye mak2 yg suka sembang, tetiba anak datang nk menyusu.. kompem dia trus bg kan? kan? 

sebab tumpuan memandu tu da cukup utk tidak mempedulikan nina n iqram..

ok.. utk org yg x faham n still nk salahkan ibu yg menyusukan ni...
situasi mcm ni...

anak bising berdiri ats gear box lg selamat atau menyusukan dia lg selamat?
anak duk kat ats dashboard belakang lg selamat or menyusukan dia lg selamat?

org normally akn tanye.. kenapa x letak dia dlm car seat?
heh.. igt senang? nina selama setahun lebih duk dlm keta hanya ats pangku ibu, 
tetiba nk letak dalam car seat?
mmg x la jawapannye.. meraung.. pandai buka seat belt.. tonggeng dlm car seat..

so.. mn lg selamat?

ikon keadaan la ye.. as long as yg tgh drive smbil menyusukan tu seorang driver yg cekap (xde la cekap mn pun).. asalkan dpt mengawal keadaan dengan baik.. walau dalam keadaan kecemasan sekalipun...

saya sebagai seorang ibu.. sangat bertanggungjawab atas keselamatan anak2. 
walaupun anak bising, saya tetap kena bawa kereta.. walaupun anak berebut 2-2 nk duduk atas pangku masa saya tgh drive, saya tetap kena bawa kereta... x jauh pun.. dalam 20km je dari rumah ke taska dorg..

bersusah2 ni kejap je. nanti kan dorg besa.. so, saba lg sikit je la.. nina pn lagi 6 bulan je kena menyusu badan.. lepasni dia xde la nak melepek je kat dada ibu kan.. :)

Tutty Lover

Most favorite jajan utk iqram is Tutti Fruitti..
geram kalau lalu depan Arena,Jusco tmn u, n x singgah tutti, kompem Iqram bising...
pastu nnt dia jerit2 "nak putti.. abg nak putti..."
haha.. tutti jd 'putti'
gasak la nak....

mahal kot klau nk beli hari2.. 
pastu nk pilih bekas paling beso skali..
bg bekas kecik x nk..

muka puass je...

ahhh.. puas betul dpt mkn putti...

alamak.. kantoi gigi xde.. ahahaha...

Nina pn suka 'putti'..
makan smpai licinn abis..

da abis nnt dia akn cakap 'ajiss..'



emmm.. dapnyee.....


smpai comot baju



Kediaman akan datang...


Sabtu lepas kami ke Jusco Bukit Indah..
ada booth by Iskandar Malaysia..

so booth tu open utk org ramai yg nak mohon Rumah Kos Rendah & Sederhana Rendah.
jadi kami yg x bape nk ada duit ni, mohon je la..
utk Semi D.. bukak 30' x 50'
harga? ce teka bape ribu??...
lokasi : Taman Nusa Bayu..

tgk2 internet.. Developer ; UEM.. 
so far kualiti x mengecewakan
(ibu dulu kan penah terlibat buat projek UEM.. East Ledang Phase 7 tu..
so, tau la kualiti dia mcm mn.. tp, tgk jugak nnt sape kontraktor dia.

tgk2 design ruma area Nusa Bayu pun blh tahan jugak...
harga pun blh tahan.,. mcm ceruk gak tpt dia. but Iskandar tgh develop area dia.. 
mostly office gvmnt kan da pindah situ.. (ibu je blum ada rezeki nk keja area situ.. huhuhu)

tgk master plan dia.. 

tgk kat future development (tu yg kaler kuning cair)
InSyaAllah kalau ada rezeki kami..
lagi 2 tahun..
siap la rumah pertama kami..

masa tu iqram da umur 5 tahun.. Nina da 3 tahun.. 

Doakan kami ye.. 

Monday, September 23, 2013

Aneka Muffin!

Kursus Aneka Muffin.

Aha.. mcm xpercaya je kan ibu g blaja buat Muffin!
haha.. bukan x reti buat sdr.. tp sebab ilmu blaja sdr ngn blaja ngn cikgu kan lain.. 
ibu pegi dgn nenek n kawan nenek 2 org..
blaja kat Kolej Komuniti P.Gudang.
Yuran 25hingget je utk bahan.. 10 hingget utk Kerajaan...
ok la.. 35 utk 4 jenis muffin yg sedap! (ceh perasan..)

ada 4 jenis yg ibu blaja ms hari sabtu baru ni..

Choc Muffin, Pandan Muffin, Carrot Muffin, Red Velvet

sebelum ni mmg ibu penah buat.. tp kadang tu termanis la.. ter bantat la.. bnyak laa ter ter dia.. heh.
ape? share resepi? buley je.. wassup je.. nnt i boleh wassup resepi..
nk type kat sini mcm perlukan masa kot.. nnt salah erti pulak.

ni muffin choc.. nmpak sedap kan? haa.. mmg sedap pon.. x de la manis sangat..

pandan muffin.. ok la lemak2 santan tu ada.. x muak.. yg penting abah suka!

Red Velvet

dulu ibu penah buat kek red velvet utk besday Iqram.. tp ms tu beli bahan yg da siap bancuh.. ahahaha..
bunyi mcm kelakar kan? tp mmg betul.. hehe... 
skarang ni ada je org jual bahan buat biskut or kek.. 
nnt tinggal msuk bahan basah je. 
(sbb ibu pn penah terjebak beli.. kesudahannye? x buat pon.. huhu...)

nsb nenek bawa tupperware lebih.. ni la hasil dari JB Tupperware

anak2 ibu letak mn? 
hehe.. nsb baik abah yg berhati mulia tlh baik hati tlg jagakan.. 
tp duk ruma uncle dorg kat Tmn Scientex (TQ cik nizam n cik ros)

Friday, September 20, 2013

Anak-anak tidur

Semalam ibu bagitau abah yg ibu mimpi kena sakit Tonsil..
pastu rasa sangat sakit sampai kena bedah.. 
haha.. perasaan yang sangat REAL.. sebab sangat sakit...
mcm tercekik gitu...

rupa-rupanye...
nina tido melintang kat ats leher ibu!
huhu.. patut la sesak nafas n rasa mcm sangat sakit...
bayangkan la 10kg punye budak ats leher tgh sedap tido...
huhu.. dasyat budak2 ni tido...

ni la antara posisi tidur febret dorang.. 
mmg kena mengalah.. kalau x, memang ngamuk...
sabar.. sabar...



Haa.. cam ni la ibu kena semalam... hoho.. 

ni memang nk jadi pengawas waktu malam...


Ni pun selalu gak.. haha.. kesian abah..



Friday, September 13, 2013

Ber "Mei Tai"


Beli Mei Tai pulak...

Sebab Nina & Iqram berebut naik Boba!
Iqram tu da la 12kg, pun nak naik Boba.. 
sakit blakang tu klau carry budak 3 tahun yg x reti duk diam..

Try mei tai pun ms g ruma makcik kat perak..
dia ada Mei Tai Bebe Sachi.. try2 cam best n selesa..
mebi sbb material kain dia jenis kain selimut zaman dulu2..
mmg sangat comfort ok..

lg pulak tu.. nina n iqram cepat berpeluh bila guna boba..
then Mei Tai is more breathable kot..

Mei Tai sambil NIP
 gamba ni time raya 2013. kami join Marhaban Aping Barat,
jadi mmg kena jalan kaki sambil bawa budak2 dari rumah ke rumah..
penat kot kalau nk kejar dorg...

Nina smpai tertido.. ahaha.. sedap sgt..
rating : 4 bintang dari 5..
sbb payah gk nk belit2 keliling pinggang tu..
tp sweet kan.. kaler pn candy..

sape nk try test blh je dtg ruma.. 
blh pinjam bawa g taman.. 

Anak tidak di vaksin



Maria Imanina tidak di vaksin..
sungguh! mmg kami dah buat keputusan untuk tidak di vaksin..

Kenapa? hah! suma org suka tanye..
lagi2 kalau balik kg.. suka tnye.. 
"nina da cucuk?" "nina demam x bila kena cucuk?"
skali ibu jawab.. "nina x cucuk langsung..."
haa.. tenganga dorg xtau nk tanye ape..

tipu la dorg x tnye ape2.. 
biasa org mesti curious kan knp benda yg slalu org buat tetiba kita x buat kan...
tp normally org akn tanya "kenapa" 

Ya.. kami ada sebab! 
tp yang pasti bukan sebab IKOT-IKOT KAWAN ok..
dan bukan sebab kami ego!

sebab kami :

12 Hal Yang Harus Diperhatikan
- Doktor tidak mampu menjamin keamanan dan efektifitas vaksin.
- Keamanan vaksin belum diuji dengan benar.
- Vaksinasi didasarkan pada prinsip yang tidak kokoh, sehingga dapat dipertanyakan.
- Vaksin mungkin tercemar.
- Efek samping jangka panjang yang serius.
- Menimbulkan penyakit yang seharusnya dapat disembuhkan.
- Tidak dapat melindungi dari penyakit menular.
- Vaksin berhubungan dengan wabah penyakit.
- Vaksin tidak dapat dipercayai – vaksin tidak resisten terhadap penyakit tetapi resisten terhadap kesehatan.
- Dokter dan profesional kesehatan jarang melaporkan efek buruk vaksin.
- Dokter menolak vaksinasi.
- Vaksinasi lebih mengutamakan keuntungan daripada mengobati.

sumber : Bayt Al-Iman

Adverse Effect pun da banyak dah berlaku..
ape tu Adverse Effect?

Abnormal, harmful, or undesirable effect on an organism that causes anatomical or functional damage, irreversible physical changes, or increases the susceptibility to other biological, chemical, or environmental stresses. Adverse effects are indicated usually by results such as altered food consumption, altered enzyme levels, changes in body/organ weights, other pathological changes, and higher mortality rates.


The number of parents reporting vaccine injuries is growing exponentially. As parents become better educated with regards to vaccine dangers health official are clinging to the last straw: making vaccines mandatory, thus blackmailing us.
source : 
Markus Heinze





haa.. ni daripada pandangan orang... tapi bagi kami...
kami percaya imunisasi untuk anak kami cukup dengan susu badan yang dibekalkan..
cukup dengan kaedah rawatan Homeotheraphy.
cukup dengan menjaga makanan.. terutamanya makanan sunnah..
cth mcm : madu, habatussauda', VCO, minyak ikan.

tujuan saya menulis ni bukan sebab nak ajak smua org untuk tidak vaksin anak..
tp mengajak org untuk berfikir.. untuk kembali kepada amalan sunnah..
tolong la jangan bagi anak-anak anda makan Junk-Food.. 
junk tu korang tau kan maksud dia kan..
dan TOLONG lah jangan bagi anak saya sebarang Junkfood..
mmg saya akan buang.. (maaf la ye)

dah.. jangan tanye banyak.. korang nk tau korang kena banyak study..
ni bukan zaman xde internet.. click je kat google..
klau xreti, g cari buku2.. banyak dah skang..
cuma nk n xnak baca je.

antaranya : 

Deadly Mist


Antara pesanan Grey


pk logik akal.. kenapa ada org yg menentang..
mesti ada sebab.. mesti ada sesuatu yg mereka sembunyikan..

Rasulullah is my Doctor


Sejarah Vaksin

Sejarah Vaksin

Sejarah vaksin tidak dapat dilepaskan dari nama seorang dokter Inggris yang lahir pada 17 Mei 1749, yaitu Edward Jenner. Pada 1796, suatu hari dalam hidup ilmuwan yang berasal dari Berkeley, Gloucestershire, Inggris ini, datang kepadanya seorang wanita pemerah susu bernama Sarah Nelmes yang mengeluhkan adanya rash di tangannya. Jenner, dengan pisau tajam justru mengambil materi rash yang diketahui sebagai penyakit cacar menular pada sapi tersebut (cowpox) dan memindahkannya ke lengan James Phipps, seorang anak tukang kebunnya yang berusia 8 tahun. James lantas terkena cowpox, namun segera sembuh. Selanjutnya, Jenner mengoleskan materi dari luka cacar smallpox, penyakit mematikan yang mewabah saat itu, ke luka yang ia buat di tangan James. Sebagaimana dugaan Jenner, James tidak terkena cacar. Sesuatu yang berasal dari cowpox telah melindungi James. sumber : Khazanahmuslimah


ada banyak lagi untuk di gali di alam maya ni..

jom tgk sini : sejarah vaksin

Baby Wearing First Time!

Seronok tgk bila rmai ibu-bu da start babywearing..
bkn mudah tau nk tuka dr stroller ke baby wearing
lagi2 kalau anak debab macam anak2 kitorang ni..

kami start babywearing masa Iqram baby lagi.. 1st beli jenis ring sling.. 
bli pn kat Giant Klang sbb xlarat nk carry Iqram yg sangat laa debab masa tu.
beli on the spot je pun. 

ni laa antara gambar2 awal (zaman gelap) 
ms ni mmg xtau pun ada gathering utk babywearers.. (ciss)

tgk pn da tau salah..

kami ke iCity.. jalan jauh kan.. kena la carry bdk ni jauh2..

result dia? perghh.. sakit badan ibu.. sebab xtau teknik yg betul.
kami slalu travel ke KL n Klang sbb paksu Iqram blaja kt maahad Tahfiz Klang,
jadi mmg Boot keta Myvi yg cenonet tu mn laa nk muat bawa segala barang kan..

agak2 laa kan.. bape berat dia nk carry dlm ring sling? adoii...

terus smpai ke Cameron.. sejuk time ni..
lamaa ibu search pasal babywearing ni.. smpai laa ternampak ada org buka kutu utk beli Boba 3g
harga dia ms tu? 4ratus lebih.. (sbb tu org open utk kutu.. sbb mostly mmg x affordable utk beli cash)

then dpt turn last kot.. pastu xsabo punye pasal.. 
byr trus cash..(kira klua dr kutu la..)
dpt la 400 hage dia... siap pos..

Ni ms amek report card Uncle Hakim..
wahh.. dengan gembiranya dpt pkaikn Boba utk Maria.. (iqram pn suka boba) 
ms tu da besa da si Iqram ni.. mcm da x layak nk carry pon..
tp sbb dia manje terlebih..  

Ni masa kami g Legoland ~ Abah pn suka Boba
Boba ni mmg selalu jd rebutan..
xkisah laa ibu ngn abah ke..
iqram ngn nina ke..
mmg suka berebut kot... haha


Thursday, September 12, 2013

Itik Pulang Petang

"Bagai itik Pulang Petang"
maksud : Berjalan lambat dan lamban

ni peribahasa melayu lama.. skarang jarang nk dengar sbb xde itik sepah2..
tp kat UTM ada.. besepah2.. kadang tu sekawan melintas jalan.. bkn reti nk toleh kanan kiri kan.
nm pun itik.. Iqram kata "quekquek"

sebagai menuntut janji, semalam bawa la dia singgah tgk itik peliharaan UTM kat Tasik.
ramai students yg beriadah kt situ.. yg bg mkn itik pn ada..
(dlu ms zaman ibu, bg makan ikan.. sbb dulu xde itik..)
 bg mkn roti yg x abis.. haha.. tp xde la smpai hijau berkulat kan..

tp ada la bebudak ni bg roti baru.. (niat sedekah kot..)
sbb nmpak elok je dlm plestik.

itik tgh berehat

itik comot

"itik swimming" kata Iqram.. 

seronok laa dia panjat2 kat jambatan tu.
 tp jambatan ni mcm da nk reput je..
lg dorg ni jogging ats jambatan.. xpayah laa kan.. jalan pelan2 suda.. 
habis bergegar jambatan mcm nk roboh.
kesian nina terhantuk-hantuk kepala dia (sbb dia sandarkan dahi kat jambatan tu)

 merenung ape ntah tu..

ecececeh.. gaya model la tu konon.. buncit laa dik...
 da nak senja.. ajak balik x nak.. yg si Iqram memula g keja ayam belanda
mencicit2 ayam tu lari. suka la tu Iqram sbb jarang tgk ayam kan (kesian bdk2 ni)

pastu ms nk balik, ada la brader ni ngn ank dia 2 org mancing ikan..
tau pkai ape? pkai tali tangsi ngn mata kail je..
pastu blh pulak tu dapat.. ikan talapia besa tapak tangan..
umpan dia roti je.. punye la rezeki Allah nk bg.. senang je..
da dpt lauk utk mkn mlm..


hasil tangkapan msuk beg roti je..
jalan depan sikit, ada la 2 student ni tgh bg mkn itik..
Iqram ape lg.. buat muka kesian dia mntak roti..
nsb baik bdk ni baik hati..(suka bdk kecik la kot)


tgk muka dia.. punye laa seronok..
 Nina pn terjebak...
baling, tp jatuh kt kaki sdr.. hahaha...
biasa la.. awek2.. lembut je baling..



esok mcm kena g lagi ni.. 
sbb iqram da tau ada itik yg boleh dibuli..
haa.. kt ruma pn ada 1 bku roti x dimakan..
blh la di manfaatkan bg yg memerlukan.. cehhh..