Wednesday, October 16, 2013

Raya Haji 2013

Raya Haji 2013

Kami raya kat Pulai Utama! turn ruma nenek..
Nenek ada buat Korban 1 bhagian, Cik Hakim pn ada 1 bahagian.
ibu sibuk sikit sbb tlg nenek ada katering utk org2 yg uruskan sembelih lembu..

.............................................


Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah  ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah  juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

.............................................

Nenek, Abah, Cik Hakim n Makngah suma puasa pd hari Arafah..
So, Iqram n Imanina mkn ape yg ada je la ye.. 

.............................................

Sedikit pengisian mengenai Ibadah Qurban

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.



HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.


Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Sila rujuk : Ibadah qurban menurut pandangan Islam

.............................................

Tahun depan InsyaAllah turn kami pulak buat Qurban..
tahun ni xblh sbb ibu pn belum gaji lg (setakat 16hb.. )

pagi tu lepas kemas2, smua klua ikot g tgk lembu sembelih (Iqram kata kuda)
yg si nina asik ckp.. "ee... apetu..."


Abah tukang pegang kaki je?





Tu cik Hakim.. (kena marah sbb sukati je potong x ikot rules n regulation :p )

lepas tgk lembu, lepak kedai jajan,
bedal jajan febret, pastu gaduh lg.. imanina gigit abg sbb imanina nak jajan 2.. 


Jajan dapat sorg satu..
(ada adik sorg tu papa dia blanje jajan, dia bg sorg satu kat nina n Iqram)
dalam dia mcm sagu kot.. 


Nina nak tamak la tu.. 




Mula nak gaduh...


cara dia tgk lengan abg dia pn mcm sedap je ye... 




Pastu kami gerak balik Kota pulak. sebab nak amek tokmak kat kampung.
cadangnya nak bawa g Kongkong... tapi x jadi.. 


OTW.. Iqram bknnye reti nk tdo tu..
main gwiyomi lah. ntah ape2 lg ntah dia..


So, ni je la gamba raya kami...
Nina mcm biasa la dia.. menyusu pastu tertido..
smpai kampung pn tdo lagi..



Peace Yo 


Smpai kampung rupanye tokmak xdapat pegi yang kat Kongkong tu..
sbb kami lambat smpai.. jem la kan.. jalan mcm biasa la.. banyak keta..
Last2, smua g kenduri kat rumah Tokyot (Tok bilal) kat Tiram..


Nina bergaya dgn koleksi baju dr Butik Hanabi 
sama mcm baju ibu ni..

.............................................

Gamba kat ruma Tok Yot buat entry lain la.. 
hihi.. ada banyak gamba comel2.. (gegar kot sbb lighting x cukup)



No comments:

Post a Comment